Sunday, 23 December 2012

Mutiara Kata


Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.

Saturday, 22 December 2012

Kerana Cintanya kepada Maha Pencipta

Aduhai puteriku sayang…
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji, mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang dapat boleh  menghalangnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai Syurga itulah tempatnya…

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.
Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan.


Keagungan Wanita


Wanita adalah mahluk istimewa yg Allah ciptakan bagi kaum adam .

~DIa kuat kerana untuk menjaga anak anaknya kelak.

~Dia lembut hatinya untuk memberi rasa aman

~Ia kuat rahimnya untuk menyimpan benih manusia penerus generasi suatu bangsa.

~Dia mempunyai naluri untuk tetap menyayangi walau dikhianati dan di sakiti oleh orang yg disayangi

~Dia penuh kasih sayang agar dapat mencurahkan perhatian.

~Matanya lentik kerana menjadi jendela kedamaian.

~Senyumnya bagai bunga yg merekah untuk mengingatkan indah dunia.

Wanita memang mudah menangis bukan kerana dia lemah tetapi dia amat tegar setegar gunung kala ujian hidup menimpanya. Maka hargai wanita kerana dia adalah ibu dari pemimpin dan penerus generasi bangsa.

Friday, 21 December 2012

Hamba Allah..


Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan..
di sepanjang perjalanan..

Walaupun aku sendiri menyepi,
aku tetap perlu berdiri..
agar mampu menggapai pelangi..

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Sahabat...

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah..


‎~♥ Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.

~♥ Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.

~♥ Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

~♥ Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.

~♥ Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga.

~♥ Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka.

~♥ Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT.

~♥ Dia juga MANUSIA.

~♥ Bersangka baiklah,

~♥ Dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.