Seusiaku 14 tahun, aku diuji dgn hebat oleh Maha Pencipta...
saat remaja-remaja seusiaku menikmati kebahagiaan..
Padahal aku?
Alhamdulillah..diusia mudaku Allah memberikan ujian yg akhirnya memberi pengajaran
dan membuatku lebih tabah menghadapi ujian2 akn dtg..
Aku hampir rebah..
rebah dengan kedukaan..
rebah utk menerima takdir..
Rebah utk menerima ujian disaat remaja lain asyik dgn nikmat dunia remaja..
Hampir kebanyakkan sahabat bertanya..
betul kah?
Mcm tidak percaya..
tapi apakan dayaku.. walaupun diusia itu aku malu dgn mereka..
Mereka berkata..
mereka bagaikan tidak percaya kerana reaksi dan perwatakanku yg sentiasa ceria di sekolah..
Aku tersenyum..
Aku jwb "aku sudah biasa.. dan aku sudah mengetahui hal ini pasti akan trjadi juga"
Penceraian bukanlah sesuatu yg mudah utk diterima..
tetapi aku redha..
berbekalkan kekuatan dan semangat drpd anak2..
Ibu bangkit mengharungi liku2 kehidupan utk menghidupkan 3 org anaknya..
Aku bersyukur..
Aku redha..
Aku pasti semua ini pasti ada hikmahNya..
aku masih mempunyai ibubapa..
tapi sehingga kini..
aku teramat-amat rindu belaian drpd seorang abah..
Abah yg manjakan aku dri kecil..
Ibu tidak pernah mengajar kami utk membenci..
malah sering mnyuruh agar mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraannya..
Abah yg memikulku ketika kecil saat aku terkena asma..
betapa besar pengorbanannya..
InshaAllah mak abah..
Anak2mu akan menjadi anak2 soleh solehah yg membawamu ke SyurgaNya..


