Friday, 7 March 2014

Jodoh Allah itu Indah


C.I.N.T.A

Topik yang menarik minatku untuk mengisi ruang entri di dalam blog ini. Apa adanya dengan cinta? 

Ya.. jodoh itu rahsia Allah. Biarlah Allah yang tentukan. Sungguh, aku redha semua ketentuannya. Allah sebaik-baik perancang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.. ini bukan sekadar kata-kata. Tetapi realiti yang aku lihat didunia ini. Apa yg kita fikir itu buruk bagi kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. 

Susunan Allah itu indah. cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita labuhkan cinta kita kepadaNYA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya. betul kan? :')

Fitrah manusia utk bercinta dan dicintai. Pasti ada tanpa sedar atau tidak, kita jatuh cinta pada seseorang tanpa sebab. Tanpa kita mengetahui puncanya. 


"Good women are for good men..." Surah An-Nuur verse 26. Setiap orang pasti menginginkan pasangan yang baik, memahami, menerima dirinya seadanya, yang boleh menjadi peneman hidupnya mencari kebahagiaan dan keredhaan didunia dan diakhirat. Siapa yang taknak pasangan yang baik? Tetapi pernahkah terfikir, kita nakkan pasangan yang baik..tapi adakah diri kita cukup baik untuk menginginkan yang terbaik? :')

Nak yang baik, haruslah mulakan dri diri kita dulu. Kalau x mulakan dari diri sendiri, siapa pula nak mulakan dahulu? Betul x? Itulah yg aku cuba terapkan dalam diri... inginkan manusia yg baik, aku hrus perbaiki diriku sndiri. Jujur, siapa yg x cemburu rakan sebaya atau sekeliling mengecapi kebahagiaan. Adakah kebahagiaan untuk diriku?

Ada :)



Kebahagiaan yang Allah akn berikan bila tiba masanya.


" Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat memilikinya dengan apa cara sekalipun. Namun, jika Allah sudah takdirkan jika sesuatu itu bukan untuk kita, walau seisi alam ini membantu untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan memilikinya."

Dan untuk itu, aku pegang prinsip BERCINTA SELEPAS NIKAH.. bercinta selepas nikah lebih manis berbanding bercinta sebelum ikatan yg sah. Kebahagiaan dalam rumahtangga yg ku inginkan.. inshaAllah. Kalau bukan didunia, InshaAllah diakhirat :)

Wallahualam..

Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah.- Asyraf Zabani




Pesanku buatmu bakal imamku.. jagalah dirimu baik2.. Jagalah iman dan ibadahmu. Carilah keredhaan dan keberkatan Allah SWT dhulu. Semoga kita bertemu atas kehendakNya..didunia atau diakhirat :) Semoga kau akan menjadi imam yg terbaik buatku.. InshaAllah