Friday, 15 November 2013

Homemade Dough Pizza




Assalamualaikum... alhamdulillah ikin kembali untuk mengisi entri blog pada ruangan 
"Pink Kitchen" mlm ni dengan perkongsian cara membuat dough yang soft dan  delicious! nyum2 ^_^

Cuti sem ni ikin xda buat apa2 so lbih baik ikin cuba buat resepi pizza nih.. tmbahan juga
ikin seorang penggemar pizza.. and i'm craving with pizza. 
So, dari beli kat pizza hut bagus lagi ikin try buat sendiri...hihihi
thanks to Azie Kitchen kerana berkongsi resepi..
tapi yang ikin buat nih ada berlainan sdikit resepinya.. 
Owkeyhh jom kita masak!!
Homemade Pizza Dough
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
2 sudu kecil yis mauripan
Secubit gula
1/4 garam
1/4 minyak sayuran
Sedikit minyak sayuran (untuk dilumur)


Cara- cara:

Masukkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis tadi.
Kacau rata dan biarkan selama lima minit tanpa dikacau lagi.


Kemudian, ayakkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam.


Buatkan satu lubang di tengah-tengah tepung. Tuangkan minyak sayuran tadi
ke dalamnya diikuti dengan air yis tadi.




Step berikutnya, ambil pisau dan lalukan seolah olah memotong cake
dari tepi ke tepi sehingga adunan sebati.



Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, uli dan gulung doh sehingga tidak
melekat pada tangan. (saya taburkan tepung gandum di atas tangan)


Kemudian, taburkan tepung gandum di atas talam atau papan pencanai. 
Uli doh sehingga rata.



Dengan meletakkan kedua belah tangan pada tepi dough, dilipat ke tengah 
dan ditolak ke depan dengan kedua belah tangan.



Sapukan minyak sayuran disekeliling mangkuk dan letakkan 
doh yang telah siap diuli tadi ke dalam mangkuk itu. Kemudian sapukan 
minyak sayuran di serata permukaan atas doh.


Then, akhir sekali tutup dengan kain berwap dan biarkan doh selama 30 minit ( ikin biarkan sampai
doh betul2 kembang..hihi). Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, 
kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.

Sapukan dulang pizza atau (ikin gunakan pelempan sebab xda dulang pizza..hihi)
dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk sedikit menggunakan garpu
bagi mengeluarkan udara. 

Akhir sekali bolehlah disapu dengan sos pizza dan letak ahh topping kegemaran anda.. 
hihihi ^_^ 



Siap dah doh yang gebu dan lembut nyum2! ^^ sedia untuk letakkan sos pizza dan 
topping kegemaran pizza..hehe 



















No comments:

Post a Comment