Sunday, 10 November 2013

Labuh itu SEMPURNA




Assalamualaikum sahabat-sahabiah ikin sekalian.. Alhamdulillah diri ini masih diberi 
peluang untuk bernafas di muka bumi Allah SWT ini.. 

Terdetik di hati ini ingin berkongsi tentang pengetahuan dan pengalaman ikin sendiri
tentang perspektif masyarakat terhadap mereka- mereka yang 
bertudung labuh especially masyarakat zaman moden kini.

Memang tidak hairan la kenapa dan mengapa mereka2 ini hanya bersabar dan memekakkan 
telinga dengan cemuhan dan hinaan yang dilontarkan kepada mereka..

tapi apa yang ikin hairan disini ialah... mengapa dan kenapa?? Seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan dan memperbaiki diri 
pula sering dicemuh masyarakat. Kenapa pula bersuka ria 
melihat anak2 remaja kini
bergelumang dengan dosa? Bukankah itu lebih baik yaa sohabatku? 

Kita seharusnya memberi galakan dan dorongan kepada mereka2 ini kerana utk 
melakukan sesuatu yang luar biasa pada diri amat memerlukan dorongan daripada
orang2 di sekelilingnya. Tidak mudah untuk istiqomah ya sahabiahku..

Syaitan tidak akan berdiam diri untuk menghasut anak2 Adam utk sesat drpd 
jalan kebenaran. Ada sahabat yg pada mulanya berjuang dan istiqomah
utk terus berada di jalan Allah tetapi akhirnya tewas dengan 
hasutan syaitan. Tanpa dorongan dan galakan drpd org2 penting bagi mereka2 ini, 
imannya dan hatinya agak rapuh utk meneruskan perjuangan menjadi soleh dan solehah.

Tolong ya sahabat-sahabiahku sekalian.. ubah pemikiran yang lebih islamic dan matang..
jangan terus judge the book by it's cover.
Ikin percaya.. sahabat-sahabiah kalau nak kahwin tu,
cari pasangan pun nak yang soleh dan solehah kan?
Allah menjanjikan "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik"
dan begitu juga sebaliknya..
nak isteri dan suami soleh solehah..kita kena mula pada diri kita dahulu..
JOM UBAH!! 

Bertudung LABUH tidak semestinya USTAZAH.
salahkah untuk BERHIJRAH menjadi baik?
Bila lagi nak BERUBAH?
Tunggu bila dah jadi JENAZAH? 
gulp -__-''

Sahabiahku...jangan kau fikirkan
"Labuh itu merimaskan"
"Labuh itu panas"
"Labuh itu ustazah"

Jom ubah .

"Labuh itu memudahkan"
"Labuh itu menyejukkan"
"Labuh itu hak semua"

Suka dengan apa yang kita buat , begitu juga dengan tudung labuh , suka dengan apa yang kita pakai maka kita tidak akan merasakan tudung labuh itu merimaskan malah menyelesakan diri dan hati kita

Labuh itu (mungkin) panas tapi di setiap peluh itu tersedia ganjaran-ganjaran yang 'menyejukkan' di akhirat nanti, lalu yang mana harus dikejar , nikmat di dunia atau di akhirat ?

Labuh itu tidak bererti alim kerna seseorang dinilai biar bukan atas dasar pemakaian kerna pemakaian ini ialah wajib tanpa menilai pengetahuan agama seseorang jadi jangan takut jangan segan silalah bertudung labuh.


---------------------------------------------------------------------------------
MOGA BERMANFAAT
---------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment