Saturday, 9 November 2013

SHEPHERD PIE

Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekalian.. haaa.. ni post pertama ikin dlm "My Cute Kitchen".. actually blog baru di update.. ada seorang hamba Allah, ukhti yg ikin sayangi tlg updatekan blog nih.. tgok kan cute2 jekk.. hihi.. 

Okeylah xnak panjangkan cerita.. ikin nak kongsi resepi SHEPHERD PIE nih dgn korang. resepi nih ikin ambil dri blog kak Ana Suzana. Tapi tapi tapi resepi tu ikin ubah sikit ikut citarasa ikin sendiri tau.. so, korang kalau nak ikut, silakan..  kalau xnak, xpayah (merajuk jap) hihihi


ahaaa... ini bahan-bahan nak buat shepherd pie ^_^

Ini senarai bahan-bahan untuk buat pie..

Bahan-bahan untuk pie:
1 Kg kentang
100 ml susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa


Nih senarai bahan untuk buat intinya.. actually resepi asalnya guna daging dan sos prego.. so, dlm resepi ikin nih, ikin guna bahan sedia ada dan citarasa ikin sendiri..


Bahan-bahan untuk inti ayam:
Daging atau ayam (ikut kemahuan)
Bawang besar @ bawang holland (kuantiti ikut kemahuan)
Cream of mushrooms Campbell's
Serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cheese sebagai bahan penyedap



JOM START MEMASAK!!
Kukus kentang yang sudah dipotong dadu sehingga empuk

Cara membuat pie (sebagai base dan topping):
1. Kukuskan kentang yg sudah dipotong dadu sehingga empuk.
2. Toskan kentang yg sudah empuk dan letak dlm bekas yg sesuai.




3. Lenyekkan kentang sehingga lumat (semasa masih panas).

4. Pastikan kentang dilenyek dgn sekata untuk mendapatkan struktur yg cntik.



Cukup-cukup kentang nih dah rasa lembutnya mcm kentang KFC yek..

5. Bila kentang dh lumat, masukkan susu segar sedikit demi sedikit. (Jgn tuang sekali gus! sebab x semestinya kita akan gunakan habis 100 ml susu segar tu). Cukup2 kentang tu dah rasa lembutnya macam kentang KFC tu.

6. Pastu letak 2 sudu besar butter then gaul.
7. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Dah siap, abaikan dulu pie..


Maaf lah yee ikin x sempat nak take gambar time nk buat inti nih..so, harap2 korang fhm lah ye step nih..


Cara membuat inti:
1. Potong bawang besar@holland bentuk dadu. 
2. Then, potong daging ayam bentuk dadu ( boleh beli yg brand Ramly).
3. Panaskan minyak. Campur 2 sudu butter kalau nak wangi.
4. Tumiskan bawang besar @ bwg holland tadi sampai layu.
5. Pastu masukkan ayam yg sudah di dadu tadi.
6. Masak sampai ayam tersebut bertukar kaler agak kekuningan.
7. Masukkan serbuk Cream of Mushrooms Campbell's tadi.
8. Tuang sedikit air kasi tumisan tersebut agak b'lendir sedikit.
9. Then, Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Masak lagi dlm beberapa minit gitu.

STEP TERAKHIR
1. Sediakan cup atau bekas pie.
2. Langkah pertama, masukkan kentang lenyek dulu (sebagai base). letak je tebal yg anda nak..
3. Lepas tu, lapiskan dengan inti ayam tadi diatasnya (atas base)
4. Kemudian tutup lagi dengan kentang lenyek (topping)
5. Di akhiri dengan taburan keju di atas topping (saje2 tambah biar sedap)
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180'C. (api oven up and down)
7. Bakar sehingga keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperang-perangan.



TAAADAAAAAAA~~~!!! tok la hasil shepherd pie ikin
(keluar suda ckp sarawak)...hehehee.. sedap tau.. SELAMAT MENCUBA!! 

3 comments: